kali-linux WSL Windows 10

Salam semua, kali ni abam nak share berkenaan seup kali linux menggunakan WSL(Windows Subsystem for Linux). Windows 10 mempunyai satu ciri di panggil “Windows Subsystem for Linux” (WSL) yang membolehkan pengguna menjalankan Linux secara terus dari OS Windows 10. Ini menarik geng, kita dapat menjimatkan resource berbanding kita menggunakan Virtual Machine manager macam Virtual Box, VM Player dan seumpamanya.

Kita boleh download Kali Linux melalui Windows App Store untuk tujuan ini, walaubagaimanapun kali linux berkenaan adalah Bare Bone, bermakna tiada pre-installed tools di dalamnya, untuk itu korang kena setup sendiri tools yang korang nak gunakan. OK, jom kita tengok macam mana nak setup.


Pastikan OS Windows 10 anda dikemaskini dengan update terkini.Runkan Windows Powershell sebagai administrator, kemudian runkan command berikut untuk enablekan WSL :

Enable-WindowsOptionalFeature -Online -FeatureName Microsoft-Windows-Subsystem-Linux
Rajah 1 : Setelah runkan command di atas, restart pc anda

Buka Microsoft Store, search Kali Linux dan tekan butang Get

Rajah 2 : Kali Linux – Microsoft Store

Buka command prompt dan taipkan kali, kemudian setupkan username dan password yang korang nak. Sekarang ni korang dan boleh gunakan kali linux melalui windows korang.

Rajah 3 : Basic setup – Kali WSL

Kemudian runkan command berikut untuk update serta install gui pada kali linux:

sudo apt update && sudo apt upgrade -y

sudo apt install kali-desktop-xfce -y

sudo apt-get install xfce4-terminal

sudo update-alternatives --config x-terminal-emulator
#select xfce4-terminal

Kita install xrdp supaya kita boleh akses GUI kali linux dengan menggunakan command berikut:

sudo apt install xrdp -y

sudo service xrdp start

Sekarang kita try RDP ke kali linux, gunakan Windows Remote Desktop Client (localhost:3390) pada run option taipkan mstsc.

Rajah 4 : RDP Session

Memandangkan kali linux ni Bare Bone, kita akan setup dan install tools secara manual(abam nak buat testing kat site yang guna joomla, adess):

#nikto
sudo apt-get install nikto

#cmsscan
sudo apt-get install git
sudo apt-get install rubygems build-essential

sudo apt-get install python3-pip
sudo apt-get install virtualenv

git clone https://github.com/ajinabraham/CMSScan.git
cd CMSScan
./setup.sh

./run.sh

CMSScan in action gais

Rajah 5 : CMSScan
Rajah 6 : CMSScan – Results

Ada beberapa kekangan bila kita guna Linux Subsystem dalam Windows ni, seperti contoh kalau guna nmap akan keluar error could’nt open raw socket dan seumpamanya la, WSL buat masa ni tak banyak support untuk raw sockets.


Kalau korang ada issue untuk update, boleh try repo lain, abam guna repo ni untuk update kali

deb http://kali.cs.nctu.edu.tw/kali kali-rolling main contrib non-free

Sekian dulu untuk kali ni, Assalamualaikum semua.